Sunday, 24 March 2013

Gambar Kartini Homestay@ Satok, Kuching, Sarawak.


Kartinihomestay terletak di tengah - tengah Bandaraya Kuching. Beralamat di No. 76A, Jalan Muhibbah Off Jalan Dagok, 93000 Satok, Kuching, Sarawak membolehkan anda  merasai suasana kedamaian Kampung Melayu ditengah Bandaraya Kuching.

Waterfront dan Muzium Sarawak hanya mengambil masa 4 ke 6 minit perjalanan menggunakan kenderaan dari Kartinihomestay.

Kebanyakkan HQ Bank Di Kuching, Sarawak seperti Maybank, RHB, Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Islam, CIMB Bank  dan sebagainya terletak berhampran dengan Homestay kami. Surau Darul Qarar, Masjid Patingan dan Masjid Kampung No. 3 terletak berdekatan dengan Kartinihomestay.

Restoran Makanan segera seperti McDonald's, KFC, Marrybrown dan SCR terletak 2 ke 3 minit perjalanan menggunakan kenderaan.

Gerai dan Kedai Makanan Muslim dapat dikunjungi dengan berjalan kaki sahaja. Reunion Cafe yang menjual juadah kuih muih terletak tidak jauh dari Kartinihomestay . Begitu juga Pasar Minggu Satok yang terkenal dengan Ikan Terubok Masin boleh dikunjungi dalam masa 5 minit menggunakan kenderaan.

Rumah Banglo 2 Tingkat ini meyediakan kemudahan - kemudahan seperti :-

1.   Peti Ais 2 Pintu dan Mesin Basuh Automatik.
2.   Peralatan Memasak seperti dapur memasak 2 burner, Microwave, Blender, Toaster,               Cerek Elektrik, Periuk Elektrik, Lesung Batu dan sebagainya disediakan bagi                           membolehkan anda merasai "kemudahan seperti di rumah anda sendiri"
3.   4 Bilik Tidur - 3 berhawa dingin dan satu dengan "Standing Fan".
4.   2 buah Ruang Tamu disediakan. 1 di tingkat bawah dengan set sofa 3+2+1 dan 1 lagi di         tingkat atas dengan set Sofa L Shape Kulit, TV Flat Screen lengkap dengan kemudahan           Astro dan Kipas Syiling.
5.   Semua BilikTidur disediakan dengan almari pakaian, sejadah, tuala mandi dan telekung.
6.   2 buah Bilik Mandi/Tandas yang luas disertakan dengan "water heater".
7.   Ruang Makan dengan Meja Marble 8 tempat duduk disediakan.
8.   Kemudahan "Extra" seperti 3 Tilam Single Bed, 3 Totoo, 4 selimut, dan 5 bantal disediakan tanpa caj tambahan.
9.  Kemudahan Internet / Wifi percuma.

Kunjungilah Kami di Kartinihomestay dimana  Motto Kami :

"Where Kampung and City Lives Blend Together".

Untuk Tempahan Sila Hubungi Kami di:-

a)   E-mail : kartinihomestay4@gmail.com
b)   Handphone : 013-8159469 (Abu Bakar Abdul Aziz - Whatsapp/WeChat
c)   atau :  013-8164773(Puan Kartini)









                                             Pandangan dari sisi Kartinihomestay    
                                                                    

                                     Pandangan dari sisi belakang Kartinihomestay
                                  

                                                         Bilik di tingkat bawah

                                         Kemudahan almari pakaian di bilik bawah

                                       2 buah katil dan tilam Single Bed di bilik bawah

 
                                    Pandangan dari dalam - Pintu Masuk Utama


Pandangan Hadapan Kartinihomestay


Pandangan dari sisi depan Kartinihomestay



Set Sofa Ruang Tamu



                            
                           Meja  Makan

  Seterika, Iron Board Dan 2 Standing Fan

Kemudahan Peti Ais 2 Pintu dan Kitchen Cabinet


Tempat Memasak, Sinki dan Water Filter
   
Tandas / Bilik Mandi Dan Ruangan Membasuh

   
Televisyen Flat Screen Dengan Kemudahan Astro

    Ruangan Keluarga di tingkat atas

                    
                       Bilik Tidur Utama

           
              Almari Bilik Tidur Utama

                          
                            Bilik Tidur 2

                  
                 Almari Bilik Tidur 2

                           
                             Bilik Bujang

          
            Almari Bilik Bujang




64 comments:

  1. Salam...
    Saya dari Johor, menginap di Kartini Homestay pada 9/1/2014 hingga 12/1/2014...
    Saya amat berpuas hati dengan layanan tuan. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan, inilah homestay yg paling best dan terbaik yg pernah saya duduk.
    Saya syorkan kepada rakan2 yg akan berkunjung ke Sarawak untuk menginap di sini.. amat berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum Tuan,

      Terlebih dahulu saya mengucapkan Ribuan terima kasih kerana telah memilih Kartinihomestay walaupun pada masa itu sedikit pengubahsuaian rumah masih dan sedang dilakukan lagi.

      Kami amat berbangga dengan kepuasanyang diterima oleh para pelanggan kami. Untuk makluman, Bangunan untuk membuat BBQ dan proses mengecat semula tingkat atas sedang giat dijalankan. Kita menjemput lagi pihak Tuan untuk menginap lagi di Kartinihomestay dan rasailah kedamaian dan keselesaan seperti dirumah Tuan sendiri.

      Terima kasih.

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    berapa rate untuk 3 malam pada october 14 untuk homestay ni?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sasha,

      RM250 semalam. Kemudahan lengkap dan berdekatan Pusat Bandar. Kawasan selamat dan tak "Jammed".

      Delete
  3. Assalamualaikum...

    Alhamdulillah kami telah menginap di kartini homestay selama 4 hari 3 malam . .
    amat berpuas hati dengan layanan owner encik abu bakar yang banyak membantu kami di samping pakej beserta driver yang juga banyak membantu kami ketika 4 hari berada di kuching,Sarawak..

    di samping facilities yang amat lengkap memudahkan kami serta merasa seperti berada di rumah sendiri . . amat lengkap dan amat selesa . .

    insyaAllah andai ada umur yang panjang boleh kami singgah dan menginap di sini lagi . .

    terima kasih tak terhingga pada tuan rumah Encik Abu Bakar Dan Isteri . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Puan Nurul. Jemputlah datang Ke Kuching, Sarawak lagi dan jangan lupa menginap di kartinihomestay@ Satok.

      Delete
  4. Pengalaman menginap di Kartini Homestay sangat menyeronokkan.... Layanan Encik Abu Bakar sangat baik... Saya beri 5 bintang untuk homestay yang cantik ini.... Saya pasti kembali lagi ke sini.... :-)

    ReplyDelete
  5. salam... boleh saya tahu harga semalaman?

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum Salam, RM250 semalam. Kemudahan yang disediakan lengkap termasuk Water Filter dan peralatan memasak termasuk Blender, Microwave, Toaster dan sebagainya.

    Jom Berambeh ke Kartinihomestay

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.

    Saya Nurul Izzureen dari Selangor menginap 4 hari 3 malam pada 13 Mei 2014 - 16 Mei 2014 menghadiri Konvokesyen UiTM ke 80 di UiTM Kota Samarahan. Saya bagi pihak seluruh keluarga sangat berpuas hati dengan keselesaan Kartini Homestay di Satok, Kuching. Kami sangat gembira dengan lokasi homestay, dekat dengan pekan kuching, kedai makan, masjid, surau dan kedai runcit. Memang TERBAIK!!! Nak keluar pun dekat dengan Waterfront. Senang untuk membeli belah souvenir.

    Apa-apa pun, seberang jalan homestay ade ALI MEATBALL! Sangat sedap! Tiap tiap hari beli masa kat sana! MESTI CUBA!

    InsyaAllah di masa akan datang, apabila kami ke Sarawak, kami pasti akan menginap di Kartini Homestay.


    ReplyDelete
  8. Terlebih Tahniah Nurul atas segulung ijazah. Kirim salam pada seisi keluarga - sporting semuanya.

    Berambeh lah lagi ke Bumi Kenyalang ya. Terima kasih kerana memilih menginap di Kartinihomestay. Datanglah lagi ya.

    ReplyDelete
  9. Salam.masih ada kosong x utk 25 jun dan 26 jun 2014?brapa rate utk 2 mlm

    ReplyDelete
  10. Ya - masih kosong lagi. Tetamu yang sebelumnya akan check out 24/6. Sempat kami kemas dan bersihkan Homestay kami

    ReplyDelete
  11. Kartinihomestay@Satok
    Kartinihomestay@Kubah Ria
    Kartinihomestay@Gita Sri Melati

    ReplyDelete
  12. Terima kasih dan tahniah pada Kartini Homestay..Kunjungan ke Kuching selama 4 hari semakin bermakna bila dapt menginap di homestay yang serba lengkap dan selesa ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali kepada Cikgu Izzati dan kawan-kawan ya.

      Tolong promosikan Kartinihomestay pada member di Perlis atau di Trengganu ya.

      Datanglah lagi ke Bumi Kenyalang.

      Delete
  13. alhamdulilah saya dan keluarga telah menginap di homestay ini selama 4 hari 3 malam ( 26-29 mei 2014 ).sangat berpuas hati dan berbaloi..cuma tangga tu agak bahaya sket utk budak2 kecil memandangkan ruang tv di tingkat atas..kalo bleh bilik bawah lebih baik katil queen sbb yg duk dibawah biasanya keluarga yg ada anak kecil atau org tua..so far layanan sgt tiptop..time kasih en abu bakar..makanan disarawak juga sedap dan byk tmpat menarik..ade rezeki insyaallah kami dtg lg..

    ReplyDelete
  14. Terima kasih En. Mohd Fairuz kerana memilih untuk menginap di Kartinihomestay@Satok.

    Cadangan Tuan telah kita pertimbangkan. Kita akan letak Katil Queen Size di bilik bawah dan Katil Single Bed yang sedia ada akan ditambah dalam bilik utama di tingkat atas.

    Ruangan TV akan diletak dibawah berdekatan Ruangan Tangga atas cadangan para Tetamu. Rel kayu akan kita bina di tangga dalam masa terdekat. Sekarang sudah ada kerusi kayu diluar untuk lepak-lepak diluar rumah.

    Datanglah lagi dan menginaplah di Kartinihomestay.

    ReplyDelete
  15. Kami menginap disini pada 12-15 July 2014. En Abu Bakar mengambil dan menghantar kami dari/ke airport. Kereta sewa pun dah disediakan. Beliau juga banyak bagi info yang memudahkan kami merancang lawatan2 kami.
    Kemudahan homestay ini memang bagus. Lebih bagus kalau tv diletak ditingkat bawah. Tingkat atas memang panas sikit pada siang hari. Kain tu size kechil. Towel baru / biru berbulu melekat kat badan.
    Selain dari itu, kami sungguh berpuas hati. InsyaAllah, kami akan menginap disini lagi. Terima kasih En Abu Bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk En. Mesyasin sekeluarga kerana menginap di Kartinihomestay@ Satok pada Ramadhan yang lepas.

      Untuk makluman, TV LCD dan kemudahan ASTRO Njoi dah diletak diruangan bawah. Maaf pasal Tuala tu - set baru lagi. Sekarang dah okay.

      Berkunjunglah lagi ke Kartinihomestay.

      Delete
  16. Terima kasih atas penginapan yg selesa.. Kami sekeluarga berpuashati cuma masa tidak mengizinkan utk tinggal lebih lama.. Insyaallah pnjg umur kita jumpa lagi.. (9.8.14-11.8.14)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali pada En. Ahmad Yuthri sekeluarga. Datanglah lagi ke Kartinihomestay ya. Insya- Allah. Kita akan terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan kami pada para pelanggan.

      Delete
  17. Salam tuan..nak tanya adakah h/stay yg lebih kecil sedikit sbb kami sekeluarga cuma 4 beranak sj..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam, Bila tarikhnya? Ada yang 3 bilik. Whatsapp saya.

      Delete
  18. salam.. en. abu, trkh 2-5 dis 2014 masih ada kekosongan ke?

    ReplyDelete
  19. Salam Ayu,

    Saya beri Kartinihomestay@ Kubah Jaya. 4 bilik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Para Tetamu Yang Dihormati,

      Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami, beberapa naik taraf kemudahan telah kami mulakan iaitu:

      1. Bilik di tingkat bawah disediakan Katil dan Tilam Queen Size dan juga Katil Single dan Tilam Single Bed (dijangka 30/11/2014).
      2. Ruangan TV Flat Screen dan Astro Njoi dengan beberapa Channel Tambahan diletakkan di Tingkat Bawah untuk memudahkan para Tetamu kami berkumpul sebagai satu keluarga terutama Warga Emas.

      3. Kerusi santai diperbuat dari Kayu Belian diletak diluar rumah untuk memudahkan para Tetamu duduk santai di perkarangan luar rumah.

      4. Penyembur Pewangi Automatik di setiap bilik dan Ruang Tamu untuk memberi suasana selesa dan nyaman.

      Delete
  20. alhamdulilah saya dan keluarga telah menginap di Kartinihomestay@Gita Sri Melati ini selama 6 hari 5malam ( 22-27 oct 2014 ).En Abu Bakar mengambil dan menghantar kami dari/ke airport. Kereta sewa pun dah disediakan. Beliau juga banyak bagi info yang memudahkan kami merancang lawatan2 kami. Kami sangat gembira dengan lokasi homestay, dekat dengan pekan kuching, kedai makan, masjid, surau dan kedai runcit. Memang TERBAIK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Azwar. Macam mana di Penang sekarang. Kalau datang Sarawak jangan lupa jadikan Kartinihomestay sebagai pilihan.

      Kami mementingkan Kebersihan, Keselesaan, Keselamatan dan value for money untuk para pelanggan kami.

      Delete
  21. Ini komen dari Cikgu Kamdani Johor.

    Komen Whatsapp Tengku Kamdani Johor :

    Salam.
    Saya dah sampai Johor.
    T kasih diatas khidmat yg diberi..

    Insyaallah
    Pasti akan dicadangkan sebagai pilihan utama.

    ReplyDelete
  22. mencari home stay 4 bilik untuk 16 hingga 19 januari 2015 termasuk pengangkutan. ni no hp saya 01123525880

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikum Salam En. Boleh tak sms saya atau Whatsapp ke Nombor HP saya - 0138159469. Saya buatkan Harga Pakej dengan kenderaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman para Tetamu, Bilik 1 di tingkat bawah dan bilik 2 ditingkat atas telah disediakan dengan kemudahan 1 katil Queen Size dan 1 katil
      single Size untuk kedua-dua bilik tersebut. Ini akan memberi lagi keselesaan pada para tetamu kami.

      Delete
  24. Untuk Tetamu yang memerlukan kenderaan, kita akan membuat harga pakej dengan Homestay. Setakat ini kita ada menawarkan kemderaan seperti Van Hiace,Nissan Urvan dan KIA Pregio.

    Untuk para Tetamu yang memerlukan perkhidmatan pemandu, kita menyediakan perkhidmatan Van dengan Petrol dan Pemandu kami sediakan sekali. Hubungi kami dan kami amat sedia membantu keperluan percutian anda.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Para Tetamu Semua,

    Homestay ada kosong dari:

    1. 4/5 Check In pukul 3 petang hingga 6/5 - Check out pukul 12 tengahari.

    2. 11/5 - check in pukul 3 petang hingga 14/5 - check out pukul 12 Tengahari.

    3. 17/5 - check in pukul 2 petang hingga 22/5 - check out pukul 12 tengahari.

    4. 24/5 - check in pukul 2 petang hingga 30/5 - check out pukul 12 tengahari.

    5. 9/6 check in pukul 2 petang hingga 30/6

    ReplyDelete
  26. Assalam En Abu Bakar,
    Kami menginap di Kartini Homestay daripada 10-12 Jun. Tahniah dan terima kasih di atas semua kemudahan yang disediakan. Suatu pengalaman seperti berada di rumah sendiri.
    Tahniah juga kerana baru menukar kerusi tamu yang baru. Kami tetamu pertama merasainya :).

    Tidak keberatan untuk kami katakan Kartini Homestay sangat hebat dan amat memuaskan.

    Rakan-rakan taulan dialu-alukan untuk merasai pengalamannya jika berkunjung ke Kuching.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Puan Izleen sekeluarga. Alhamdulillah - Terima kasih kerana menginap di Kartinihomestay Satok.

      Sekarang kita dah tambah Sebuah Van Hiace baru dan Sebuah Toyota Innova untuk menambahbaik perkhidmatan Kartini Homestay & Transportation.

      Delete
  27. dari 21/9/2015 - 24/92015 SUKRI BIN ABDULLAH (SANETO) sekeluarga bercuti di Kuching. Anak-anak seronok mendapat pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan --- Abang Joe (pemandu River Taxi Cruise) memberi kami semua peluang memandu River Taxi Cruise. Kami juga selesa menginap di Kartini Homestay yang mempunyai kemudahan yang lengkap, bersih dan susun atur ruang yang baik (dengan kadar sewa yang berpatutan).. tidak lupa dengan layanan baik pemandu van En. Zainal dan Pak Mahdi ( Ahmadi)

    ReplyDelete
  28. dari 21/9/2015 - 24/9/2015 SUKRI BIN ABDULLAH sekeluarga mempunyai pengalaman yang menyeronokkan bercuti di Kuching; menginap di Kartini Homestay yang mempunyai kemudahan yang lengkap, bersih dan susun atur ruang yang baik; layanan baik pemandu van En. Zainal dan Pak Mahdi (Ahmadi); pengalaman yang tidak dapat dilupakan --- yang tidak mungkin kami lupa kami semua diberi peluang memandu River Taxi Cruise oleh Abang Joe

    ReplyDelete
  29. Terima kasih kami dari Kartinihomestay Satok ucapkan kepada En. Sukri sekeluarga. Kami di Kartinihomestay Satok amat mementingkan Keselesaan pelanggan Kami berdasarkan konsep 5K
    1. Kebersihan
    2. Keselesaan
    3. Kekemasan
    4. Keselamatan
    5. Kejujuran

    Datanglah lagi berkunjung ke Kartinihomestay Satok.

    ReplyDelete
  30. Assalamu'alaikum Para Tetamu yang dihormati,

    Kenapa anda harus memilih Kartinihomestay Satok:

    1. Dekat - setakat ini Homestay kami antara yang terdekat dengan Pusat Bandaraya Kuching dan tidak mengalami masalah "jammed" ketika waktu puncak 7 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 6.30 petang.
    2. Kebersihan - kami amat menitik berat hal ini. Setiap tandas dan Sinki dicuci dengan Pencuci Ajax atau Dettol dan kemudian disiram menggunakan Air Mendidih.
    3. Lengkap - Kami ingin anda merasa seperti di rumah sendiri. Kemudahan yang disediakan amat lengkap dan berkeadaan elok.
    4. Harga Pakej - bagi para Tetamu yang memerlukan perkhidmatan kenderaan, kita ada menyediakan kenderaan seperti Van Toyota Hiace dan Toyota Innova. Harga Pakej menarik dengan perkhidmatan Homestay kami.

    5. Homestay kami terletak di Kawasan Perkampungan Melayu Satok, terletak di tengah Bandaraya dan dalam masa yang sama kemudahan tempat beribadat dan Restoran dan Gerai Makanan Muslim terletak berdekatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whatsapp saya 0198387285 ..berminat utk book

      Delete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. TESTIMONIAL

    "as salam...saya tinggal kunci dlm post box ya..tkasih banyak.di atas perkhidmatan yg terbaik disediakan utk kami sekeluarga..inshaallah kami akan promosikan homestay kartini..���� (Puan Noriza Langkawi 28/1/2016)

    "Sudah pasti..rakan saya di Unimas pun nak rekomen kalau ada rakan nak lawat kuching nanti. Rumah selesa n kemudahan semua ada. ��"
    (En. Khirul dari Kuala Lumpur 24/1/2016)

    Kartini Homestay - Tempat tinggal yg luas dan selesa. Dekat dgn tempat makan menarik. Neighbourhood yg baik.���������� (Shaifu Nizam dari Selangor. 1hb Februari hingga 6hb Februari 2016)

    ReplyDelete
  33. Slm encik..sy sekeluarga ingin pergi ke kuching pd 2hb 6 shgga 5hb 6..so total 4hr 3 mlm..utk mghadiri majlis tamat latihan dipulapol kuching..
    Brp ye rate utk 3 mlm?
    N dkt ke dgn pulapol kuching?

    ReplyDelete
  34. Selesa sungguh menginap di kartini Homestay bersama dgn 5 org wakil dr Penjara terengganu utk menjajah sangtubong. Hehe.. Suasan pun best sekita tu.. Keselesaan bilik yg ckp dgn keperluan nk.. Siap blh masak lg kat dapor.. Perrr. Tq en. Bakar.. Lepas ni nk dtg lg bersama family

    ReplyDelete
  35. Terima Kasih En. Hafiz dari Penjara Marang, Trengganu kerana menginap di Kartini Homestay Satok pada 26/3/2016 - 29/3/2016.

    Datanglah lagi menginap di Kartini Homestay

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum.
    Terima kasih kpd en bakar menerima kami sbg tetemu kartini homestay dr 30/3 hingga 2/4 2016. Homestay yg terbaik kami duduk. Lengkap segala kemudahan. Mcm dduk umah sndri. Selesa. Terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih En. Mohd Najib dari Johor kerana menginap di Kartini Homestay Satok dan ambil pakej Van sekali.

      Delete
  37. Untuk Makluman Jika ambil Pakej Berikut (maksimum 13 Tetamu), ini adalah Pakej Harganya

    1. Pakej A
    - 4 Hari Kenderaan dan 3 Malam Homestay (RM1750 dengan Van), (RM1450 dengan Proton Exora Auto), dan (RM1400 dengan Toyota Vios 1.5G).

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum..terima kasih di atas perkhidmatan kartini homestay yg sgt mmuaskan hati sya dan rkan2 sya dri sabah...kmdhan yg sgt slesa dan pkidmtan pgngkutan jga ckup mmuaskan hati kmi slama 3hari 2 malam (2/4/16-4/4/16)..
    Insya Allah akn dpkenalkan dgn rakan2 sya yg ingin bknjug ke Kuching Sarawak lg..memang terbaikkk👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Nadia dan kawan -kawan jururawat yang mula berkhidmat di Bumi Kenyalang.

      Delete
  39. Assalamualaikum kartini homestay. Terima kasih kerana menerima kami sekeluarga menginap di homestay ni 10/05-14/05/2016, rumah sangat selesa. Kemudahan lengkap dan berdekatan dgn bandar. Selain itu, kami jgk menggunakan perkhidmatan van yang disediakan oleh kartini homestay. Van masih baru, cantik dan selesa. Harga pakej homestay dengan van sangat berbaloi. Terima kasih tuan.

    (Kalo tak keberatan, bolehkah tuan bagitahu apa jenama sabun/softener yg tuan guna utk cuci selimut dan tuala? ^_^ wangi dan bersih, tiap malam ibubapa sy puji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum Salam Fitrie. Terima kasih kerana memilih untuk menginap di Kartini Homestay Satok bersama pakej kenderaan kami.

      Kami gunakan Downy Mistic untuk menyuci Tuala dan Cadar.

      Delete
  40. ##Assalamualaikum..
    Sy serta family dari sabah telah menginap di Kartini Homestay ini selama 5Hari 4Malam untuk majlis kawin abg long sy.
    Homestay nie sangat selesa..kemudahan jgn ckp la, sangat lengkap mcm dirumah sendiri, siap bole masak - masak lg owh.. Layanan tuan rumah serta pilot (pemandu pelancong) sangat ohsem! Apa kamu tunggu, jgn kamu layan itu Trivago.. kamu rasa duluan stay disini.. best gilak habaq hang.. memang terangat sangat sngat berbaloi dantidak menyesal lah kami memilih homestay ni sebagai tempat kami menginap sepanjang di Sarawak. Thanks Tuan rumah.. nanti kami datang lagi ya..

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum WRT.

    Ini adalah pengalaman pertama kami berhari raya Aidil Fitri di homestay.

    Sebelum ini, kami hanya menginap di hotel2 sekitar bandaraya Kuching apabila pulang bertemu keluarga di Negeri Sarawak. Hotel macam mana pun tetap hotel. Selepas dua tiga hari muak dengan makanan yang disajikan.

    Oleh itu, kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Habib Abu Bakar serta Puan Kartini kerana Hari Raya tahun ini 'sangat special'. Sangat meriah kerana sanak saudara begitu ramai sekali yang berkunjung ke homestay kami, seolah2 kami beraya dirumah sendiri di Johor Bahru.

    'Home Away From Home' - sedih juga rasanya apabile perlu meninggalkan rumah itu tetapi kami membawa pulang ke JB kenangan2 yang amat manis.

    InsyaALLAH kami pasti akan kembali mencari Pak Habib @ Karti Homestay Satok lagi apabila pulang ke Kuching,Sarawak.

    Rasa2nya akan terima jemputan kahwin anak buah isteri saya tidak lama lagi - kot2 akhir tahun ini atau awal tahun depan.

    Pendek cerita Kartini Homestay Satok adalah yang terbaik yang kami pernah jumpa.

    Kami beri LIMA bintang *****

    Sekian terima kasih, insyaAllah mudah2an diberi umur dan kesihatan dapat kita bersua lagi.

    Hj Zakaria, Hjh Naimah dan anak2

    ReplyDelete
  42. Assalam..sy memerlukan homestay dan van hiece pada 29.10.16 sehingga 01.11.16..kami seramai 8 org dewasa dan 2 org kanak2..blh berikn sy harga tuk kedua2nya..sy shima dari ipoh..Ni no phone saya 0124475532..terima kasih..

    ReplyDelete
  43. Assalam..sy memerlukan homestay dan van hiece pada 29.10.16 sehingga 01.11.16..kami seramai 8 org dewasa dan 2 org kanak2..blh berikn sy harga tuk kedua2nya..sy shima dari ipoh..Ni no phone saya 0124475532..terima kasih..

    ReplyDelete
  44. Wa'alaikum Salam,

    Puan Shima, saya telah Whatsapp Total Charges - Pakej Homestay dan Van Hiace Pandu Sendiri.

    ReplyDelete
  45. Kartinihomestay juga menyediakan kenderaan berikut untuk disewa:

    1. Van Hiace Pandu Sendiri
    2. Toyota Innova Auto Pandu Sendiri
    3. Proton Exora Auto Pandu Sendiri
    4. Toyota Vios Auto 1.5 Pandu Sendiri
    5. Perodua Axia Auto Pandu Sendiri

    ReplyDelete
  46. Salam. Terima kasih banyak2 En. Bakar.
    Rumah ini sabgat selesa utk kami yg datang dalam keluarga yang besar. 8 dewasa, 5 kanak2. Bilik ada 4. 3 bilik besar muat 3-4 orang sebilik, dan bilik satu lagi kecil sesuai untuk 2 orang.
    Rumah ini terletak di lorong muhibbah, Satok. Sangat dekat dengan bandar Kuching. 5 min ke bandar kuching, 5 min ke Kubah Ria/Pasar Satok, 20 min ke Sinpiao,1 jam 15 min ke Pasar Serikin, 30 min ke Rumah Budaya Sarawak. Sangat dekat ke mana2. Rumah yang sangat strategik.
    Kalau kami datang lagi ke Kuching, insyaAllah boleh mengibap di sini lagi!

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum,
    Saya dini fatini graduan UNIMAS dari negeri sembilan telah menginap di kartini homestay 3 hari 2 mlm. Kami sangat berpuas hati dgn kartini homestay. Harga yg sgt berpatutan.. rumah yang sangat selesa dan mempunyai keperluan yang lengkap. Lokasi yang yg sgt strategik.. tidak jauh ke bandar kuching dan santubong. Pilihan yang tepat untuk anda semua jika inginkan tempat persinggahan yg selesa, bersih dan berbaloi. Terima kasih En. bakar.. insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi

    ReplyDelete
  48. As salam. Saya akan ke kuching pd 21-24 mac ini. Boleh saya tahu rate homestay utk 3 mlm dan masih ada kekosongan. Juga harga kereta sewa.. tq.

    ReplyDelete
  49. Wa'alaikum Salam Puan Rahina,

    Boleh tolong Whatsapp ke no HP saya di 0138159469.

    ReplyDelete